Jumat, 28 Februari 2014

Feri Karam 52 Maut 68 Masih Hilang


PENYELAM tentera laut Filipina menjumpai beberapa mayat dari dalam feri yang karam apabila ia bertembung dengan sebuah kapal kargo minggu lalu.

“Usaha pasukan mencari dan menyelamat mangsa yang diteruskan hingga hari ini telah menemui 52 orang mayat.

“68 orang masih lagi hilang manakala 750 orang berjaya diselamatkan,” jelas jurucakap Pengawal Pantai Filipina.

1

Memetik laporan agensi berita Filipina, pasukan penyelamat telah menjumpai mayat seorang kanak-kanak di dalam badan feri MV St. Thomas Aquinas.

Jurucakap tentera laut Filipina, Lt. Cmdr. Gregory Fabic berkata, pasukan penyelamat turut berjaya memasuki ke dalam kompartmen feri dan menemui lebih ramai mayat.

2

Tambah Fabic, pihaknya akan menambah pasukan penyelam yang dijangka tiba pada hari ini untuk membantu operasi menyelamat.

Kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 9 malam pada Jumaat di Mactan Channel kira-kira 2 batu barat laut Cebu City.

Kejadian tersebut turut mengimbau kembali salah satu tragedi maritim terburuk dalam sejarah dunia yang berlaku pada 20 Disember 1987, juga di Filipina.

Dianggarkan lebih daripada 1,700 daripada 4,000 penumpang yang maut apabila feri Dona Paz berlanggar dengan sebuah kapal tangki minyak di Selat Tablas.

Laporan berkenaan jumlah kematian telah dimanipulasi serta pelbagai tuduhan mengatakan Dona Paz membawa lebihan muatan berbanding angka yang dibenarkan.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: CNN

Categories: , , , , , ,

0 komentar:

Posting Komentar