Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label maut. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Maret 2014

Pemuda Maut Motosikal Langgar Lembu Di Jerteh


JERTEH – Seorang pemuda maut apabila motosikal yang ditunggangi merempuh sekawan lembu di Jalan Kampung Tok Has ke Kampung Air Terjun di sini, malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian pada 11.05 malam itu, Ismail Abd Salam, 22, dari Kampung Alor Selising dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Lokasi kemalangan memang gelap kerana tidak mempunyai lampu jalan dan ia sering menjadi lokasi bagi lembu-lembu liar berkeliaran dan tidur,” katanya di sini Isnin.

Beliau berkata mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. – BERNAMA

Jumat, 28 Februari 2014

Feri Karam 52 Maut 68 Masih Hilang


PENYELAM tentera laut Filipina menjumpai beberapa mayat dari dalam feri yang karam apabila ia bertembung dengan sebuah kapal kargo minggu lalu.

“Usaha pasukan mencari dan menyelamat mangsa yang diteruskan hingga hari ini telah menemui 52 orang mayat.

“68 orang masih lagi hilang manakala 750 orang berjaya diselamatkan,” jelas jurucakap Pengawal Pantai Filipina.

1

Memetik laporan agensi berita Filipina, pasukan penyelamat telah menjumpai mayat seorang kanak-kanak di dalam badan feri MV St. Thomas Aquinas.

Jurucakap tentera laut Filipina, Lt. Cmdr. Gregory Fabic berkata, pasukan penyelamat turut berjaya memasuki ke dalam kompartmen feri dan menemui lebih ramai mayat.

2

Tambah Fabic, pihaknya akan menambah pasukan penyelam yang dijangka tiba pada hari ini untuk membantu operasi menyelamat.

Kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 9 malam pada Jumaat di Mactan Channel kira-kira 2 batu barat laut Cebu City.

Kejadian tersebut turut mengimbau kembali salah satu tragedi maritim terburuk dalam sejarah dunia yang berlaku pada 20 Disember 1987, juga di Filipina.

Dianggarkan lebih daripada 1,700 daripada 4,000 penumpang yang maut apabila feri Dona Paz berlanggar dengan sebuah kapal tangki minyak di Selat Tablas.

Laporan berkenaan jumlah kematian telah dimanipulasi serta pelbagai tuduhan mengatakan Dona Paz membawa lebihan muatan berbanding angka yang dibenarkan.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: CNN

Rabu, 26 Februari 2014

Wanita Maut Dihempap Lembu


Wanita Maut Dihempap Lembu
Wanita Maut Dihempap Lembu - JENGKA : Seorang pembonceng wanita maut dihempap lembu apabila motosikal dinaikinya melanggar haiwan itu dalam satu kemalangan yang berlaku kira-kira 400 meter dari simpang masuk tanah rancangan Jengka 18, kelmarin.
Mangsa, Nurul Nasirah Mat Nasir, 25, meninggal dunia akibat sesak nafas selepas dihimpit lembu terbabit yang mati dalam kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kejadian itu berlaku di Kilometer 30.6 jalan Temerloh-Bandar Jengka.
“Menurut siasatan, penunggang motosikal dikatakan tidak sempat mengelak apabila secara tiba-tiba, seekor lembu melintas di hadapan mereka.
“Mangsa yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazahnya dibawa pulang ke kampung halamannya semalam (kelmarin),” katanya.
Difahamkan, mangsa baru sahaja menamatkan kursus kejururawatan dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama teman lelakinya. – Sinar Harian