Jumat, 28 Februari 2014

Feri Karam 52 Maut 68 Masih Hilang


PENYELAM tentera laut Filipina menjumpai beberapa mayat dari dalam feri yang karam apabila ia bertembung dengan sebuah kapal kargo minggu lalu.

“Usaha pasukan mencari dan menyelamat mangsa yang diteruskan hingga hari ini telah menemui 52 orang mayat.

“68 orang masih lagi hilang manakala 750 orang berjaya diselamatkan,” jelas jurucakap Pengawal Pantai Filipina.

1

Memetik laporan agensi berita Filipina, pasukan penyelamat telah menjumpai mayat seorang kanak-kanak di dalam badan feri MV St. Thomas Aquinas.

Jurucakap tentera laut Filipina, Lt. Cmdr. Gregory Fabic berkata, pasukan penyelamat turut berjaya memasuki ke dalam kompartmen feri dan menemui lebih ramai mayat.

2

Tambah Fabic, pihaknya akan menambah pasukan penyelam yang dijangka tiba pada hari ini untuk membantu operasi menyelamat.

Kejadian tersebut berlaku lebih kurang jam 9 malam pada Jumaat di Mactan Channel kira-kira 2 batu barat laut Cebu City.

Kejadian tersebut turut mengimbau kembali salah satu tragedi maritim terburuk dalam sejarah dunia yang berlaku pada 20 Disember 1987, juga di Filipina.

Dianggarkan lebih daripada 1,700 daripada 4,000 penumpang yang maut apabila feri Dona Paz berlanggar dengan sebuah kapal tangki minyak di Selat Tablas.

Laporan berkenaan jumlah kematian telah dimanipulasi serta pelbagai tuduhan mengatakan Dona Paz membawa lebihan muatan berbanding angka yang dibenarkan.

Oleh: HARITS ASYRAF

Sumber: CNN

Kamis, 27 Februari 2014

Hebat DC Avanti supercar pertama India

BENTUK kereta DC Avanti yang dipamerkan pada Ekspo Motor Delhi di New Delhi kelmarin.

NEW DELHI - Firma reka bentuk, DC Design memperkenalkan jentera supercar pertama India yang diberi nama DC Avanti.
Jentera tersebut dilancarkan oleh pelakon terkenal Bollywood, Amitabh Bachchan pada Ekspo Motor Delhi 2012 kelmarin.
Kereta itu dikuasakan oleh unit enjin bersesaran 2.0 liter empat silinder yang mampu mengtinjauankan kuasa sehingga 240 kuasa kuda.
Menurut laman kenderaan RushLane di Internet semalam, enjin daripada Ford Ecoboost yang ditala khas untuk menjana lebih kuasa tersebut dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.
Dipasang dengan rim aloi bersaiz 19 inci, kelajuan maksimum yang dihadkan secara mampu dicapai oleh DC Avanti ialah 250 kilometer sejam (km/j).
Jentera itu akan mula dijual pada tahun 2013 di semua pengedar DC di seluruh India.
Bakal diproduksi pada tahun 2013, ia merupakan ciptaan pereka Dilip Chhabria.
Kereta itu dijual pada harga kira-kira AS$70,000 (RM220,219).
"Kami sangat teruja untuk memperkenalkan DC Avanti pada hari ini. DC Avanti bukan sekadar menjadi manifestasi kepada minat yang mendalam terhadap kereta sport.
"Malah ia membuktikan kemampuan kami yang kini sudah bergerak daripada penggayaan kepada pengtinjauanan prototaip penuh," katanya.
DC dilihat mengikut langkah banyak firma reka bentuk Itali misalnya Bertone, Ghia, Pininfarina dan Stola yang turut mengtinjauankan kereta edisi terhad masing-masing untuk dijual kepada pasaran umum.
Tempahan berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat akan dibuka sebaik sahaja ekspo itu berakhir. Penghantarannya dijadual bermula suku terakhir 2013. - Agensi

Source Link

Rabu, 26 Februari 2014

Wanita Maut Dihempap Lembu


Wanita Maut Dihempap Lembu
Wanita Maut Dihempap Lembu - JENGKA : Seorang pembonceng wanita maut dihempap lembu apabila motosikal dinaikinya melanggar haiwan itu dalam satu kemalangan yang berlaku kira-kira 400 meter dari simpang masuk tanah rancangan Jengka 18, kelmarin.
Mangsa, Nurul Nasirah Mat Nasir, 25, meninggal dunia akibat sesak nafas selepas dihimpit lembu terbabit yang mati dalam kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, kejadian itu berlaku di Kilometer 30.6 jalan Temerloh-Bandar Jengka.
“Menurut siasatan, penunggang motosikal dikatakan tidak sempat mengelak apabila secara tiba-tiba, seekor lembu melintas di hadapan mereka.
“Mangsa yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian dan jenazahnya dibawa pulang ke kampung halamannya semalam (kelmarin),” katanya.
Difahamkan, mangsa baru sahaja menamatkan kursus kejururawatan dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama teman lelakinya. – Sinar Harian

Selasa, 25 Februari 2014

Foto Uniknya Perayaan Lathmar Holi di India

5 Sep 2013












 sumber

Senin, 24 Februari 2014

Celebrities Who Stink

Bertemu kembali kita di Project Alpha Season 2 week 13(b) yang hadir dengan tugasan yang baru
dan semakin mencabar buat Fadah kerana ini adalah tugasan pertama yang Fadah akan attend

untuk melihat sejauh manakah Fadah mampu menyiapkannya...

Tajuk yang diberi ialah mengenai "Celebrities Who Stink" iaitu mengenai artis yang sesuai untuk menggunakan deoderant Intensive Anti-Perspirant Spray keluaran Adidas..

Seperti yang kita ketahui, deoderant Adidas adalah sangat wangi dan sesuai untuk mereka yang melakukan aksi lasak dan ianya amatlah sesuai untuk para-para celebrities tanah air kita yang sedang melakukan aksi-aksi shooting.

Fadah rasa deoderant Intensive Anti-Perspirant Spray ini sangat sesuai untuk artis seperti Farid Kamil kerana dia memang seorang yang aktif semasa di penggambaran dan juga sewaktu mengarahkan filem. Aktiviti lasaknya itu amat sesuai sekali dengan deoderant ini dan sekaligus dapat mengekalkan bau badan walaupun berpeluh sewaktu melakukan tugas-tugas penggambaran ini....

Selain itu, Farid Kamil juga dapat menggunakan deoderant Intensive Anti-Perspirant Spray keluaran Adidas untuk melakukan aktiviti-aktiviti hariannya tidak kira di mana tempat beliau berada...

Jadi Fadah rasa artis seperti Farid Kamil memang sesuai menggunakan deoderant Intensive Anti-Perspirant Spray ini....


Fadah sendiri pun turut menggunakannya sewaktu melakukan kerja-kerja seharian dan sangat selesa apabila wangiannya berada di badan..

Dan juga wangian deoderant dari Adidas ini sangat wangi untuk dipakai x kira apa jua aktivitinya...

meh kita layan video-video dari Project Alpha Season 2 dari episod 36-39....

Jom tengok beramai-ramai yer......Layanzzzzzzz......











Sekianlah sudah coretan Fadah untuk pertandingan Project Alpha Season 2 dan diakhiri dengan

Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Minggu, 23 Februari 2014

Masalah lif Dakwaan berita TV9 tidak benar

Harakahdaily, 07 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Dakwaan Berita TV9 pada 5 Jun lalu bahawa Kerajaan Negeri Selangor lambat mengambil tindakan untuk membaikpulih lif-lif di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara adalah tidak benar.
Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) telah diarahkan untuk membaikpulih lif-lif dan pam air yang rosak di PPR selepas lawatan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 23 Oktober 2011.

Demikian dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad (gambar).

Menruutnya, pihak MBPJ telah melantik beberapa buah syarikat untuk menjalankan kerja-kerja membaikpulih lif pada 18 November 2011 dan perlu disiapkan berperingkat-peringkat sehingga 8 April 2012 iaitu dalam tempoh 4 bulan dan sebuah syarikat  untuk menjalankan kerja-kerja membaikpulih  pam air bermula 8 Februari 2012 sehingga 8 Mac 2012 iaitu dalam tempoh 30 hari.

“TV9 hanya membangkitkan isu membaikpulih lif ini pada 23 Mac 2012.

“Walau bagaimanapun pihak syarikat-syarikat membaikpulih lif berhadapan dengan kesukaran bagi menyiapkan kerja-kerja menurut kontrak tersebut akibat vandalisme yang berulang seperti kecurian kabel dan komponen lif di bilik motor room dan riser ketika kerja-kerja baik pulih sedang berjalan,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Adun Chempaka berkata, Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohamad Roslan Sakiman telah membuat sidang akhbar pada 26 Mac lepas bagi memberikan maklum balas tentang kelewatan tersebut.

Jelas beliau lagi, susulan daripada kecurian yang berulang dan vandalisme itu, pihak majlis telah mengambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya dengan menambah pintu keselamatan pada bilik motor dan di tingkat 18 pada setiap blok untuk menghalang sesiapa memasuki ke bilik motor lif untuk mengelakkan kehilangan kabel-kabel.

Selain itu, katanya pihak majlis juga telah memasang kunci pada setiap bilik riser bagi memastikan kabel-kabel itu tidak dicuri lagi.

Ujar beliau lagi, kerja-kerja membaikpulih lif telah disiapkan dan diperiksa oleh Jabatan Kesihatan Dan Keselamatan Pekerja (JKKP), wakil MBPJ (JKKP), dan wakil syarikat pengurusan pada 9 Mei dan 15 Mei lepas.

Iskandar menambah, manakala kerja-kerja pembaikan pam air telah disiapkan pada 8 April lepas.
template joomla

Sabtu, 22 Februari 2014

Gunners kuasai takhta

Pertahanan Arsenal, Laurent Koscielny (kiri) dan Per Mertesacker meraikan kemenangan The Gunners semasa menewaskan Liverpool 2-0 di Stadium Emirates.

ARSENAL terus memberi saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan pesaing terdekat Liverpool, 2-0 di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Dua gol tinjauan jaringan Santiago Cazorla minit ke-19 dan Aaron Ramsey minit ke-59 cukup memastikan tiga mata untuk The Gunners memimpin liga dengan 25 mata.

Terdahulu di Stadium St James Park, Chelsea gagal mengambil kesempatan memintas Arsenal apabila tewas kepada tuan rumah, Newcastle United, 0-2 tinjauan jaringan Yoan Gouffran minit ke-68 dan Loic Remy minit ke-89.

Sementara kelab mewah, Manchester City naik ke tangga keempat  liga selepas berpesta gol membelasah Norwich 7-0 di Stadium Ettihad dengan gol sendiri pemain pelawat, Bradley Johnson minit ke-16, David Silva (20), Matija Nastasic (25), Alvaro Negredo (36), Yaya Toure (60), Sergio Aguero (71) dan Edin Dzeko (87) melengkapkan pesta gol The Citizens di laman sendiri.

Penyandang juara Manchester United pula kekal ditangga kelapan liga selepas mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas kelab bermasalah Fulham di Craven Cottage tinjauan jaringan Antonio Valencia minit ke-9, Robin van Persie (20) dan Wayne Rooney (22) sebelum gol sagu hati tuan rumah dijaringkan Alexander Kacaniklic.

Lain-lain keputusan Hull mengatasi Sunderland 1-0 di Kingston Stadium, Stoke seri 1-1 Southampton di Britainia Stadium, West Brom menang 2-0 ke atas Crystal Palace di The Hawthorns, West Ham diikat 0-0 Aston Villa di Upton Park.

Jumat, 21 Februari 2014

10 Langkah Amankan Smartphone Anda



[imagetag]

Data yang ada dalam ponsel pintar (smartphone) bisa dengan mudah dicuri mereka yang tak bertanggung jawab saat kita lengah.

Kehidupan modern saat ini membuat kita begitu akrab dengan ponsel pintar. Ponsel jenis ini bisa menjadi teman terbaik sekaligus musuh terburuk Anda. Bisa dikatakan saat Anda mengecek email, mencari alamat, melihat berita terbaru, Anda pasti akan menggunakan ponsel pintar.

Sayangnya saat ponsel kita berada di tangan orang yang tak berhak, maka aneka data sensitif yang kita miliki bisa disalah-gunakan. Dari daftar alamat, rekening bank, lokasi dan aneka data lainnya bisa berpindah tangan. Ada berbagai tips yang bisa Anda lakukan agar data-data sensitif yang penting itu tidak disalahgunakan orang.

1. Kuncilah ponsel

Hal sederhana ini amat mudah untuk dilakukan, sayangnya banyak orang yang terlalu malas untuk melakukannya. Cobalah membuat pengunci layar agar ponsel Anda tak bisa diakses atau digunakan tanpa kata kunci (password) yang tepat.

Buatlah agar ponsel mengunci secara otomatis dalam selang waktu 1-5 menit saat tak digunakan. Sementara untuk kata kunci gunakan kombinasi huruf kecil dan kapital serta angka agar tak mudah dibobol orang lain.

2. Gunakan aplikasi pencari ponsel

Dewasa ini sudah begitu banyak aplikasi tools yang bisa melacak sekaligus menghapus data di ponsel. Apakah ponsel yang Anda gunakan itu adalah iPhone, Android, Blackberry ataupun Windows Phone, aplikasi ini membuat Anda bisa mengunci, melacak lokasi sekaligus menghapus secara keseluruhan data di ponsel ketika hilang.

Aplikasi ini tak hanya melindungi data saat ponsel Anda hilang, tapi juga bisa membantu kita menemukan kembali ponsel tersebut.

3. Jangan taruh ponsel sembarangan

Anda bisa saja memercayai rekan kerja, teman yang diundang ke rumah. Tapi jangan biarkan ponsel pintar Anda berada di tempat sembarangan seperti di meja kerja di kantor misalnya. Masukkan ponsel ke dalam laci, koper atau tempat yang tersembunyi sehingga tak mudah dijangkau mereka yang tak berhak.

4. Jangan pinjamkan ponsel ke sembarang orang

Bertemu orang asing yang meminta tolong untuk melakukan panggilan darurat menggunakan ponsel Anda? Akan lebih baik Anda yang melakukan sendiri panggilan tersebut dan menyalakan fungsi speakerphone.

5. Lakukan update secara berkala

Pembaruan sistem ini akan membuat perbaikan pada kesalahan yang mungkin ada pada sistem operasi atau aplikasi yang terdapat di ponsel Anda. Saat tersedia pembaruan dari vendor ponsel segera lakukan update.

6. Aturlah pengaturan lokasi

Kebanyakan ponsel pintar saat ini sudah dilengkapi GPS atau fasilitas untuk melacak lokasi. Fitur ini biasanya untuk meningkatkan fungsionalitas aplikasi seperti Google Maps atau Foursquare ataupun aplikasi sejenis.

Tapi jika Anda tak menginginkannya, matikan semua fitur pendeteksi lokasi dalam aplikasi yang Anda gunakan sehingga mereka tak bisa melacak lokasi Anda.

7. Lakukan pengecekan aplkasi

Jika Anda amat mementingkan privasi, cobalah membaca akses bisa dilakukan aplikasi saat Anda mengunduh dan menginstalnya. Pastikan tak ada data yang tak disimpan vendor aplikasi itu.

Jika Anda meragukan mengenai aplikasi tersebut, lakukan sedikit riset di internet. Apakah aplikasi tersebut sudah diulas yang terpercaya dan lain-lain. Selain itu saat Anda mengunduh satu aplikasi dan tak lagi menggunakannya, segera hapus. Jangan biarkan aplikasi tersebut terus berada di ponsel Anda.

8. Jangan unduh dari sembarang

Kebanyakan produsen ponsel pintar hanya mengingingkan Anda mengunduh aplikasi dari "toko" milik mereka. Contohnya pada ponsel Android, Anda bisa memilih apakah hanya bisa mengunduh dan menginstal aplikasi dari Market saja atau tidak. Hindari mengunduh dan menginstal aplikasi yang belum disahkan resmi karena bisa menjadi mala petaka di ponsel Anda.

9. Perhatikan lampiran di email

Hati-hati saat membuka lampiran (attachment) pada email dari orang yang Anda tak kenal atau ketahui. Lakukan pendekatan yang sama dengan komputer di rumah agar ponsel Anda tetap dalam kondisi prima.

Perlakukan hal yang sama saat Anda mengunduh file baik itu dari situs, jejaring sosial ataupun saat mengakses url yang sudah diperpendek.

10. Enkripsi data ponsel

Saat ini ponsel pintar sudah dilengkapi fasilitas enkripsi agar data yang ada bisa terlindungi. Fasilitas ini akan melindungi data saat berada di tangan orang yang tak berhak karena akan menjadi pelindung sementara saat kunci layar (screen lock) bertinjauan dijebol.

Pastikan Anda melakukan hal ini terutama bagi pengguna Android karena kartu memori di dalamnya bisa diakses dengan mudah jika tidak dienkripsi. Anda bisa menggunakan aplikasi dari pihak ketiga untuk mengaktifkan fasilitas ini.

Pada intinya untuk melindungi privasi di ponsel nyaris sama dengan apa yang diajarkan orang tua kita saat kecil. Jangan percayai orang asing.

Sumber

#bcfda5

Kamis, 20 Februari 2014

CAP Gesa MFK Haramkan Shisha

S.M. Mohamed Idris

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik langkah Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha di negeri itu.
Sehubungan itu, Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa serupa bagi mengharamkan penggunaan shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.
“Langkah ini perlu dilakukan segera di semua negeri yang belum mengeluarkan fakwa mengharamkan shisha kerana ia memudaratkan kesihatan dan semakin berleluasa dalam kalangan golongan muda termasuk perempuan.
“Oleh itu CAP menyarankan pihak berkuasa mengharamkan terus penggunaan shisha di negara ini dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara ini tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan terhadap premis yang mempunyai kemudahan menghisap shisha,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut, S.M. Mohamed berkata, kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan menghisap shisha menyebabkan gejala menghisap shisha semakin menular dalam kalangan remaja dan perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa tempatan dan kesihatan.
Katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga pernah mendedahkan amalan menghisap shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok,
Malah, katanya, penghisap shisha biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter.
Jumlah itu lebih dasyat berbanding mereka yang menghisap rokok yang selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap.
Tambah beliau, menghisap shisha juga boleh menyebabkan ketagihan dan penggunaan arang dalam peralatannya pula boleh meningkatkan masalah paru-paru dalam jangka masa panjang.
“Air didihan yang digunakan juga tidak dapat menapis toksin yang ada akan memudaratkan kesihatan.
“Tindakan tegas perlu diambil segera memandangkan penggunaan shisha boleh memudaratkan kesihatan demi menjaga kesejahteraan generasi akan datang,” katanya.
Media semalam melaporkan Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya dipetik sebagai berkata, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara itu.
Justeru Juanda berharap berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat kerana amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja.
Menurut beliau lagi, langkah pengharaman itu telah dilaksanakan kerajaan negeri Melaka sejak 2009 dan Perlis menuruti jejak negeri itu kerana kegiatan itu didapati membawa kemudaratan yang besar. – mynewshub.my

Rabu, 19 Februari 2014

Rahsia Alamat Pergerakan Tubuh

Rahsia Alamat Pergerakan Tubuh

Orang dahulu kala memang suka mengaitkan sesuatu perkara dengan sesuatu alamat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui. Tetapi yg pasti orang tua dahulu banyak meramal sesuatu melalui pemerhatiannya dan juga melalui pengalaman-pengalamannya yang lalu. Mungkin disebabkan banyak kebetulan yang berlaku membuatkan mereka mempercayai setiap alamat. Di sini diperturunkan beberapa petanda yang berhubungkait dengan pergerakan tubuh kita.

Alamat Pergerakan Tubuh
  • Kelopak mata kanan bergerak - beroleh keamanan.
  • Kelopak mata kiri bergerak - melihat perempuan
  • Kelopak mata kiri bergerak dari atas - ada orang akan berjalan jauh.
  • Kelopak mata kiri dibawah bergerak - hendak menangis.
  • Biji mata kanan bergerak-gerak - akan menangis dalam bercinta.
  • Biji mata kiri bergerak-gerak - gembira di hati.
  • Ekor mata kanan bergerak - menerima kedatangan orang jauh.
  • Ekor mata kiri bergerak-gerak - mendapat sedikit kepayahan.
  • Umbun bergerak - berbahagia pada hari tersebut.
  • Kening kiri bergerak-gerak - beroleh kelapangan.
  • Bibir bawah bergerak - akan menangis.
  • Waktu subuh kepala kita bergerak - beroleh kerja yang baik.
  • Siku kanan bergerak-gerak - beroleh kebahagiaan.
  • Siku kiri bergerak-gerak - orang yang mengasihi kita akan datang.
  • Kepala bergerak - ada orang menyakiti hati kita.
  • Kepala bergerak ke kiri - beroleh kebesaran.
  • Pelipis telinga bergerak - alami kebahagiaan.
  • Telinga bergerak - akan berkelahi.
  • Pipi kanan bergerak-gerak - alamat sakit mata.
  • Pipi kiri bergerak-gerak - sentiasa bahagia.
  • Bahu kanan bergerak-gerak - harta hendak datang.
  • Bahu kiri bergerah-gerak - bakal berjumpa pembesar/ketua.
  • Lengan kanan bergerak-gerak - akan sakit kepala.
  • Lengan kiri bergerak-gerak - beroleh harta.
Ia boleh dijadikan pengetahuan dan bukanlah untuk dipercayai dengan bulat-bulat. :)

Senin, 17 Februari 2014

Bapa Kapak Anak Sebagai korban


India – Seorang bapa membunuh bayi lelakinya berusia lapan bulan dengan kapak sebagai korban untuk Tuhan Kali.

Lelaki itu cuba melarikan diri selepas kejadian itu tetapi berjaya ditahan penduduk kampung dan diserahkan kepada polis.

Suspek membunuh anaknya di hadapan patung Kali di rumahnya di kampung Narain Purva di daerah Barabanki di negeri Uttar Pradesh.

Isteri suspek difahamkan menyaksikan lelaki itu memenggal leher anak mereka.

Suspek dilaporkan pernah bersama isterinya ke kuil Tuhan Kali untuk mendapatkan anak.

Seorang jurucakap polis memberitahu akhbar Deccan Herald: “Lelaki itu merancang membunuh bayinya selepas dilahirkan.”

Suspek, Rajkumar Chaurasia dilapor membawanya ke kuil untuk melakukan upacara keagamaan.

Dia kemudian membawa mangsa pulang dan mengapak kanak-kanak itu di depan patung ‘Tuhan Kali’ yang dibina di rumahnya.

Chaurasia memberitahu polis dia membunuh anaknya kerana diarahkan berbuat demikian oleh Tuhan Kali.

“Suspek berpendapat tindakannya itu sebagai korban kepada Tuhan Kali dan dapat memberi kebahagian kepada keluarganya,” katanya.

Suspek kini ditahan untuk menjalani pemeriksaan mental.

“Dia tidak menyesali dengan perbuatannya,” katanya.

Walaupun jarang berlaku, korban manusia kononnya untuk menggembirakan mereka masih berlaku di kalangan sesetengah masyarakat di India.

Kali yang juga dinamakan Durga ialah ‘Tuhan Perempuan’ dikaitkan dengan kematian dan kemusnahan.

Ia juga dikaitkan dengan masa dan perubahan.

Minggu, 16 Februari 2014

Menarik! Khasiat Air Kelapa Muda



Siapa di sini gemar minum air kelapa muda? Air kepala muda yang baik adalah diminum terus dari kelapa muda tersebut tanpa sebarang campuran air. Penggunaan air kelapa telah dipratikkan semenjak dulu lagi kerana orang tua-tua sering memberi kelapa muda hijau ketika menderita demam atau campak. Kelapa merupakan buah yang berkait dengan mitos dan budaya malah dipanggil buah ajaib kerana perananya sangat penting dalam berbagai ritual keagamaan dan adat. Kelapa dipanggil pokok syurga kerana kelapa dipercayai dapat membawa kekuatan, kesihatan, umur yang panjang dan kedamaian.
Apakah kelebihan Air Kelapa Muda? Ia dianggap lebih berkhasiat berbanding susu lembu kerana kandungan lemaknya rendah dan ia tiada kolesterol. Ia lebih berkhasiat berbanding jus oren kerana kalorinya jauh lebih rendah. Ia juga lebih baik dari susu bayi yang diproses kerana ia mengandungi asid laurik yang wujud dalam susu ibu yang asli. Ia juga adalah penderma darah yang universal kerana sifatnya yang serupa dengan plasma darah manusia.
Ia adalah minuman isotonik asli, tahapnya sama dengan apa yang ada dalam darah orang yang sihat. Air Kelapa Muda telah “menyelamatkan nyawa” ramai penduduk Dunia Ketiga melalui kaedah perubatan tradisional dan petua, tapi kita mungkin tidak perasan.

Tanda-tanda keracunan
muntah, pening, cirit-birit, sakit perut, badan lemah dan gatal-gatal atau ditumbuhi bintik-bintik merah. Hanya minum air kelapa muda sebiji.

H1N1 dan selesema burung
Air kelapa muda dicampur dengan madu dan kurma

keracunan cendawan
air kelapa muda hendaklah dicampur dengan satu sudu makan madu asli. la juga amat mujarab untuk mengubati pelbagai penyakit dan melegakan kesan-kesan mabuk akibat keracunan makanan seperti cendawan, udang, ketam dan jering.

Demam campak, demam kuning dan demam panas
Untuk demam panas, ia hendaklah dicampur dengan jus limau nipis.

Buang racun
Selain bekam, minum air kelapa muda boleh membuang racun dalam darah.

Ibu mengandung
Selain itu, kepercayaan dulu juga disarankan ibu yang sedang mengandung perlu kerap minum air kelapa muda. Air kelapa ini dipercayai dapat membersihkan janin di dalam rahim dan memudahkan kelahiran bayi, menjadi bersih, tiada kurap dan sebagainya.

Colitis, luka, cirit-birit, disentri, dan buasir
Air kelapa juga dapat mengatasi kerosakan sistem saluran pecernaan seperti mengurangkan gas, mual, dan sakit perut.

P/S - Sekarang ini jika mahu mencari air kelapa muda yang betul-betul asli hanya boleh didapati di kawasan-kawasan kampung sahaja. Jika kita melihat di gerai-gerai mereka ada juga yang menjual air kelapa, akan tetapi ia sudah banyak bercampur dengan air gula, jadi sukar untuk kita mendapatkan yang benar-benar 100% asli.

Sabtu, 15 Februari 2014

Makhluk Mistis yang Sebenarnya Tak Pernah Ada di Dunia

Ketika ilmuwan mengunjungi bagian-bagian asing planet ini, seperti ventilasi panas samudera atau hutan yang terisolasi gunung, spesies tak terdokumentasi sering ditemukan. Seperti apa?

http://www.didunia.net/

Warga seringkali meyakini temuan ini sebagai hewan mistis, seperti bigfoot, monster loch ness dan el chupacabra. Warga seolah berharap makhluk-makhluk ini benar-benar ada. Dalam kebanyakan kasus (harapan para warga), bukti ilmiah yang muncul untuk 10 hewan mistis ini tak begitu meyakinkan. Simak berikut.

Bigfoot
Beberapa nama diberikan untuk manusia-binatang berbulu berkaki dua misterius yang menjelajah Amerika Utara. Laporan mengenai makhluk ini pertama muncul di 1950-an.

Sejauh ini tak ada bukti gigi, rambut, tulang atau jejak Bigfoot lainnya ditemukan. Bukti terbaik makhluk ini adalah, film Patterson-Gimlin terkenal yang direkam di California pada 1967, bahkan di film itu, makhluk itu tampak seperti pria berkostum gorila murah.

Nessie
Makhluk ini lebih terkenal sebagai Monster Loch Ness. Nessie merupakan hewan air penghuni Loch Ness Skotlandia. Nessie pertama kali dilaporkan pada 1933. Sejak itu, warga setempat dan wisatawan sering mengaku melihat sesuatu dalam danau dingin.

Menurut beberapa orang, Nessie merupakan Plesiosaurus, reptil laut besar dari zaman dinosaurus. Meski terkadang ada laporan, foto, dan penyelidikan ilmiah, bukti nyata keberadaan Nessie belum ditemukan.

Chupacabra
El chupacabra atau �penghisap darah kambing� ini pertama kali muncul di Puerto Rico pada pertengahan 1990-an. Beragam deskripsi muncul tapi makhluk ini dikabarkan memiliki setinggi 1-1,5 meter dan memiliki deretan duri di punggung serta mata bak alien. Vampir ini konon mengisap darah mangsanya, terutama kambing, domba, dan binatang kecil.

Setan Jersey
Hewan mitos ini lahir di awal 1700-an. Menurut cerita rakyat, di New Jersey, ada seorang wanita melahirkan monster terkutuk berkepala kuda, sayap kelelawar dan kuku terbelah. Selama berabad-abad, legenda ini dihiasi kabar bohong dan penampakan sesekali di hutan. Namun, menurut buku Loren Coleman �Monster of New Jersey� tak ada bukti kuat keberadaan hewan mitos.

Champ
Champ merupakan Nessi versi Amerika, raksasa misterius yang hidup di Danau Champlain. Champ memiliki beragam bentuk namun kabarnya, makhluk ini berbadan bungkuk, panjang beberapa puluh meter, kulit gelap dan kepala seperti ular atau anjing. Foto Champ 1981 pun marak. Sejak itu, legenda Champ tetap hidup berkat �penampakan,� ambigu foto serta video.

Mosnter Montauk
Makhluk aneh ini terdampar di sebuah pantai di Montauk, New York pada Juli 2008. Foto hewan ini menggambarkan, hewan ini berkaki empat dan bercakar serta hampir tak memiliki bulu. Beberapa pihak berpendapat, foto itu bohongan, lainnya yakin itu adalah babi atau binatang yang direkayasa genetik. Namun akhirnya, monster ini diidentifikasi sebagai rakun busuk.

Putri Duyung Feejee
Putri duyung tak sesuai dengan citra publik monster. Namun, makhluk ini pengecualian. Showman PT Barnum memperkenalkan Putri Duyung FeeJee pada 1840-an. Makhluk ini sama sekali tak cantik dan setengah ikan setengah wanita telanjang melainkan kepala dan dada monyet kecil mengerikan dengan tubuh dan ekor ikan. Tentunya, makhluk ini tak nyata, hanya satu dari beberapa putri duyung palsu yang diciptakan demi uang.

Monster Laut
Cerita monster laut muncul selama ribuan tahun. Buku tahun 1752 berjudul �Natural History Norwey� menyebutkan adanya monster bernama Kraken yang memiliki ukuran sama seperti sebuah pulau kecil, �bulat, datar, dan penuh senjata,� serta sering dikendalikan dewa laut. Penampakan ular laut makin sangat jarang saat ini, para ilmuwan pun yakin, laporan awal makhluk ini berasal dari cumi-cumi raksasa 43 meter.

Ogopogo
Nampaknya tiap negara punya monster danaunya sendiri. Ogopogo merupakan �Nesssie Kanada� yang hidup di Danau Okanagan British Columbia. Berabad lalu, warga asli Amerika percaya, roh air tinggal di danau, dan pengorbanan hidup harus dilakukan untuk menenangkan iblis air ini. Ogopogo nyatanya adalah nama lagu dansa populer. Meski bukti ilmuah kurang, warga sering melaporkan hal aneh di danau itu.

Vampir
Vampir fiksi sering muncul tersiksa, berjiwa seksi, dan meminum darah manusia. Namun, banyak binatang vampir yang sebenarnya, termasuk lintah, nyamuk betina, kutu dan, kelelawar vampir.
 
 
sumber

Jumat, 14 Februari 2014

Tiga pemimpin Pakatan NGO dibebaskan


  • Hafiz Yatim
  • Malaysiakini Mei 24 2013
Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini.

Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam.

Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei.

azlanMereka ditahan polis petang semalam. Polis kini perlu membuat permohonan reman yang baru jika ingin terus menahan mereka.
Ashok memberitahu Malaysiakini bahawa pihak polis memohon tahanan reman selama tujuh hari.

Bagaimanapun, katanya, peguam yang mewakili ketiga-tiga mereka membantah kerana pihak polis tidak menyediakan transkrip ucapan yang didakwa menghasut.

Tambahan pula, katanya, nama Haris dan Tamrin tidak ada dalam laporan maklumat pertama polis dan dengan itu mereka tidak perlu ditahan lagi.

"Kami mendapat tahu bahawa mereka mahu ketiga-tiganya kemungkinan sebagai saksi dan jika demikian, kami berhujah mereka tidak perlu berdepan dengan tahanan reman yang lama.

"Mereka bukannya suspek pembunuhan, dan jika suspek seumpama itu pun, mahkamah tidak membenarkan tempoh tahanan reman yang panjang," katanya.

Ashok berkata, akhirnya, majistret Norashikin Sahat mungkin memutuskan bahawa pihak polis sepatutnya telah melengkapkan siasatan mereka dan permohonan pihak berkuasa itu satu penyalahgunaan kuasa dan proses mahkamah.

Peguam Sivarasa Rasiah, Datuk S Ambiga, N Surendran dan Afiq M Noor mewakili Tian, ​​yang juga naib presiden PKR, manakala Ashok, Pavendeet Singh, John Skelchy dan Adam Haris Ibrahim diwakili.

Tamrin diwakili peguam KA Ramu dan MV Nathan.

Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim, yang turut menghadiri majlis di KLSCAH itu, telah pun didakwa atas tuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, selepas ditahan reman selama lima hari.

NONEPengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) juga telah didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) minggu lepas kerana membantu menganjurkan perhimpunan pertama pertama Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya.

Hari ini, dilaporkan bahawa Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su akan didakwa minggu depan di bawah APA berhubung penganjuran perhimpunan di Ipoh.

Kamis, 13 Februari 2014

7 Kecanduan Aneh dan Tak Masuk Akal yang Pernah Ada

Rokok, alkohol dan narkoba memang dengan mudah bisa membuat orang kecanduan. Tapi beberapa orang justru kecanduan pada benda-benda aneh dan tidak umum. Setidaknya ada 7 jenis kecanduan yang tergolong aneh.

Orang yang sudah kecanduan biasanya akan sulit menghentikan kebiasaannya karena menganggap hal itu meski kebiasaan tersebut tergolong aneh atau bahkan menempatkannya dalam bahaya kesehatan dan fisik. 

Berikut 7 kecanduan-kecanduan paling aneh di dunia :


1. Kecanduan kapur barus
Sejak masih kecil, Alicia yang berasal dari New York sudah terbiasa menghirup aroma kapur barus yang menyengat. Dan hingga kini berusia 45 tahun, ia menjadi sangat kecanduan dengan aroma kapur barus, bahkan tak sadar bahwa kapur barus yang mengandung bahan kimia beracun seperti naftalena dan paradichlorobenzene dapat membahayakan kesehatannya dan anak-anaknya.
Ia menyelipkan kapur barus di mana saja seperti di mobil, tempat tidur, bawah sofa dan juga bawah sofa di rumahnya.


2. Kecanduan berhubungan seks dengan mobil  
Nathaniel (28 tahun) dari Arkansas secara seksual tertarik pada mobilnya, membelai kemudi setir, mencium bahkan tak jarang menggesek-gesekkan tubuhnya pada logam ujung depan mobilnya.
Kebiasaan aneh Nathaniel bermula ketika ia mengalami kecelakaan mobil bersama dengan ayahnya. Dokter menyebut obsesinya dengan objectophilia, sama halnya dengan orang yang tertarik dengan Menara Eiffel atau roller coaster.

3. Kecanduan makan makanan kucing  
Mary dari Michigan memiliki kebiasaan berbahaya. Dia makan makanan kucing untuk sarapan, makan siang dan makan malam. Dalam setahun, Mary dapat menghabiskan 680 kg makanan kucing, termasuk makanan kucing kalengan. Dokter sudah memperingatkannya bahwa kebiasaan aneh tersebut bisa membunuhnya.
Para ahli mengatakan bahwa makanan kucing mengandung banyak bahan yang dapat berbahaya bagi manusia, termasuk bagian tubuh hewan yang mati.


4. Kecanduan operasi payudara
 Sheyla Hershey (32 tahun) dari Houston pernah tercatat dalam Guiness Book of World Records pada tahun 2009 sebagai pemilik payudara terbesar di dunia setelah menjalani 30 kali operasi untuk mendapatkan payudara ukuran 38 KKK. Tapi setelah terkena infeksi payudaranya sempat rata atau lebih kecil dari 38 KKK. Tapi kini ia ingin ukurannya kembali 38 MMM.
Saking terobsesinya ingin memiliki payudara besar lagi, Sheyla September lalu kembali melakukan operasi pembesaran payudara meski sebenarnya belum diperbolehkan oleh dokter dan suaminya. 


5. Kecanduan makan pita perekat (isolasi)
Andrea (23 tahun) yang berasal dari Marietta, Georgia telah kecanduan makan isolasi perekat selama 9 tahun. Ia bisa makan lebih dari 60 meter isolasi setiap hari.
Dokter telah memperingatkan bahwa kecanduan anehnya ini dapat menyebabkan infeksi darah atau kanker. 


6. Kecanduan membersihkan telinga 
Jamie (32 tahun) dari Jacksonville, Florida, tidak bisa berhenti membersihkan telinganya. Selama lebih dari 12 jam setiap hari, ia selalu membersihkan saluran telinganya dengan gunting kecil, kikir kuku dan benda tajam lainnya hingga berdarah.

Dokter telah memperingatkan kecanduannya ini dapat menyebabkan dia kehilangan pendengarannya.


7. Kecanduan mengendus bedak bayi
Jaye (18 tahun) dari Houston tidak pernah merasa cukup dengan bedak bayi. Ia telah menaburi bedak bayi putih di setiap permukaan di rumahnya, seperti di lantai, kulkas, tempat tidur.

Kecanduan ini bermula pada suatu hari ketika dia tidak sengaja menumpahkan bedak bayi dan menghirup aromanya. Selama 10 tahun, kebiasaan menghirup bedak bayi itu semakin meningkat. Ia bisa mengendus bedak bayi 10 kali sehari dan menghabiskan 816 kg bedak setiap tahun.

sumber



Orignal From: 7 Kecanduan Aneh dan Tak Masuk Akal yang Pernah Ada

Rabu, 12 Februari 2014

Mengapa Es Selalu Mengapung Di Atas Air

Mengapa Es Mengapung Di Atas Air?

Tentu Anda pernah melihat bongkahan es yang mengapung di atas air. Namun apakah Anda bertanya-tanya mengapa es tersebut tidak tenggelam?

Kita pada umumnya pasti berpikir bahwa benda padat akan tenggelam jika diletakkan di air. Namun ternyata tidak semua demikian, contohnya es.

Meskipun es berbentuk padat, namun sebuah bongkahan es memiliki massa jenis yang lebih kecil dibandingkan dengan air. Karena pada saat air berubah menjadi es, molekul air mengatur diri mereka sendiri sedemikian rupa untuk menciptakan ruang antar molekul yang tidak ada sebelumnya.
Molekul Es dan Molekul Air
Dari gambar di atas terlihat lebih banyak ruang pada es dibandingkan dengan air, dengan kata lain volume es lebih besar daripada air. Sehingga menyebabkan massa jenis es menjadi lebih kecil dari massa jenis air.

Pada dasarnya prinsip ini sama dengan kapal laut yang mengapung di air. Tekanan ke atas terhadap es lebih besar daripada berat es.

Apakah Anda pernah penasaran dengan hal tersebut?

Selasa, 11 Februari 2014

Warga Amerika Belum Serik


Warga Amerika Belum Serik
Warga Amerika Belum Serik - RICHMOND : Beratus-ratus orang peminat berkumpul di pameran senjata api di Virginia, hanya beberapa minggu selepas 27 orang maut dalam keganasan di sebuah sekolah di Connecticut.
Ketika gesaan orang ramai supaya pemilikan senjata api seperti yang digunakan dalam tragedi itu dikekang, peniaga berkumpul untuk menjual produk mereka di Chantilly, Virginia, hujung minggu lalu.
Media melaporkan, kadar jualan senjata api di pameran itu turut mencatat rekod tertinggi.
Seorang pengedar senjata api memberitahu, syarikatnya menjual lebih 10 pucuk raifal AS-15 seperti digunakan Adam Lanza ketika menembak mati 20 kanak-kanak dan enam orang dewasa sebelum dia membunuh diri pada 14 Disember lalu.
Katanya, jualan itu dibuat hanya dalam tempoh sejam.
“Kadar jualan itu memang luar biasa,” katanya. Dalam tragedi bulan lalu, Lanza, 20, menembak mati ibunya di rumah mereka sebelum menyerang Sekolah Rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut, dan melepaskan tembakan rambang.
Selain AS-15, Lanza turut membawa beberapa pucuk senjata api lain.
Pertunjukan Senjata Api Kebangsaan diadakan di Pusat Ekspo Dulles itu turut menjual peluru, raifal, senjata separa automatik serta mesingan. Beberapa jurujual berkata, semua simpanan mereka untuk pameran itu habis dijual dalam tempoh beberapa jam saja.
Antara senjata paling popular, kata seorang jurujual, ialah raifal separa automatik dan magazin peluru 30 butir.
“Secara purata, 1.8 senjata api dijual dalam tempoh seminit,” katanya.
Pengunjung pula sanggup berbaris berjam-jam untuk menjadi pengunjung pertama pameran berkenaan.
Sementara itu, peminat berkata, permintaan tinggi itu didorong kebimbangan orang ramai terhadap kemungkinan undang-undang baru diperkenalkan bagi mengharamkan pengeluar mengtinjauankan senjata api berkeupayaan tinggi seperti diguna Lanza. Seorang daripada mereka, Aaron Sizemore, berkata peminat senjata api mahu mendapatkan senjata yang diidamkan sekian lama kerana mungkin ia sukar diperoleh pada masa depan.
“Kami juga mungkin terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk mendapatkannya nanti,” katanya. Harga minimum untuk sepucuk raifal AR-15 ialah RM2,200.
Lebih menggerunkan, remaja dan kanak-kanak juga dibenarkan memasuki pameran berkenaan dan kebanyakan pengunjung turut menandatangani petisyen membantah sebarang langkah pengawalan senjata api. – DM

Senin, 10 Februari 2014

Perbedaan Kutub Utara Dengan Kutub Selatan

Kutub Yang Berlawanan

Pada dasarnya daerah Kutub Utara (Artik) adalah laut beku yang dikelilingi oleh tanah. Sebaliknya, Antartika adalah benua-dengan pegunungan dan danau yang dikelilingi oleh lautan. Secara sosial dan politik, wilayah Artik meliputii wilayah utara Kanada, Greenland (sebuah wilayah Denmark), Rusia, Islandia, Norwegia, Swedia, Finlandia dan Amerika Serikat.



Kebanyakan Es


Benua paling selatan memiliki sekitar 90 persen es di dunia, yang berarti hampir tiga perempat dari air tawar bumi terhimpun di sana. Hal ini mengakibatkan beberapa puncak gunung es terapung sering dilanda kekeringan. Bahkan, Pangeran Mohammed Al Faisal dari Arab Saudi pernah berencana untuk menemukan 100 juta ton gunung es dari Antartika dan memindahkannya ke Semenanjung Arab.



Daerah Tidak Bertuan


Meskipun kita sering menyaksikan penancapan bendera kemenangan yang menjadi simbol penjelajah masa lalu di Kutub Selatan, tetap saja Kutub Selatan merupakan satu-satunya tempat di Bumi yang tidak dimiliki oleh siapa pun. Tidak memiliki sejarah penduduk asli.Menurut Perjanjian Antartika, dinyatakan bahwa tanah dan sumber daya yang ada t digunakan untuk tujuan damai dan ilmiah. Hal ini sangat kontras dengan lebih dari 4 juta orang yang hidup dalam lingkaran Arktik di beberapa kota-kota kecil maupun kota-kota besar seperti Barrow, Alaska, Tromso, Norwegia, Muramansk dan Salekhaard di Rusia.



Emas Hitam


Menurut US Geological Survey, sebelah utara lingkaran Artik diperkirakan terdapat 1/4 cadangan minyak dari total cadangan minyak yang belum digali. Rusia telah mengambil langkah berani dengan mengklaim dan meletakkan petak besar wilayah Kutub Utara dengan harapan akan mengeksplorasi cadangan gas di Lomonosov Ridge. 1.200 mil di bawah air pegunungan tersebut diakui menyimpan sekitar 10 miliar ton sumber daya yang diinginkan . Bahkan AS juga turut terlibat dengan mengirimkan kapal pemecah es untuk memetakan wilayah Artik mereka yang masuk dalam wilayah Negara Bagian Alaska. Sementara itu diyakini bahwa beberapa endapan minyak bumi terdapat di Kutub Selatan (Antartika) seperti di bawah Laut Ross. Namun Perjanjian Antartika dapat menghentikan pengeboran minyak secara berlebihan.





Penguin dan Beruang Kutub


Beberapa kartu natal dan iklan coke dapat disalahkan atas salah persepsi tentang beruang kutub dan penguin tinggal di lingkungan yang sama dan dingin. Jika penguin tinggal di Antartika maka beruang kutub tinggal di Artik. Beruang kutub pernah melakukan perlintasan jalan beku yang sama dimana burung yang melenggang di lintasan tersebut menjadi mangsa yang mudah ditangkap bagi beruang raksasa. Tapi penguin tidak perlu khawatir mengenai daerah pemangsa. Mereka telah beradaptasi dengan menggunakan sayap mereka yang berfungsi sebagai pengayuh layaknya sirip untuk bergerak di laut



Alamat Santa Klaus


Setiap Natal, ribuan surat dikirimkan ke Santa Claus dan bertinjauan sampai di Kutub Utara (Alaska). Kota kecil dengan penduduk sekitar 1.778 orang tersebut mengiklankan kode pos mereka sebagai kode pos Santa Klaus. Semangat liburan dirasakan sepanjang tahun ditandai dengan permen berupa tongkat bergaris mengiringi lampu yang bergerak di sepanjang tempat-tempat pesta seperti St Nicholas Drive, Snowman Lane dan Kris kringle Drive.



Melawan Brrrr


Antartika begitu dingin sehingga salju tidak pernah mencair di banyak wilayah Antartika. Suhu rata-rata Antartika sekitar -56 derajat Fahrenheit (-49 derajat Celcius), merupakan iklim yang paling dingin di bumi. Sebaliknya Kutub Utara (Artik) pada musim dingin rata-rata suhunya mencapai -29 derajat Fahrenheit (-34 derajat Celcius), tapi akan lebih hangat di musim panas. Suhu terendah yang pernah tercatat di bumi adalah -128 derajat Fahrenheit (-89,6 derajat Celcius), tercatat pada tanggal 21 Juli 1983 di Stasiun Vostok yang terletak di dekat Geomagnetic Kutub Selatan.
 
 
sumber