Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label anak. Tampilkan semua postingan

Rabu, 05 Maret 2014

Video Bapa terjun kereta selamatkan anak




Kejadian ini berlaku di China, seorang lelaki terjun dari kereta untuk menyelamatkan anak perempuannya yang terjatuh. Polis di Wenzhou di wilayah Zhejing berkata gadis 4 tahun itu telah membuka pintu secara tidak sengaja semasa memanjat dari belakang untuk ke depan kereta. Bagaimanapun gadis itu selamat

Senin, 17 Februari 2014

Bapa Kapak Anak Sebagai korban


India – Seorang bapa membunuh bayi lelakinya berusia lapan bulan dengan kapak sebagai korban untuk Tuhan Kali.

Lelaki itu cuba melarikan diri selepas kejadian itu tetapi berjaya ditahan penduduk kampung dan diserahkan kepada polis.

Suspek membunuh anaknya di hadapan patung Kali di rumahnya di kampung Narain Purva di daerah Barabanki di negeri Uttar Pradesh.

Isteri suspek difahamkan menyaksikan lelaki itu memenggal leher anak mereka.

Suspek dilaporkan pernah bersama isterinya ke kuil Tuhan Kali untuk mendapatkan anak.

Seorang jurucakap polis memberitahu akhbar Deccan Herald: “Lelaki itu merancang membunuh bayinya selepas dilahirkan.”

Suspek, Rajkumar Chaurasia dilapor membawanya ke kuil untuk melakukan upacara keagamaan.

Dia kemudian membawa mangsa pulang dan mengapak kanak-kanak itu di depan patung ‘Tuhan Kali’ yang dibina di rumahnya.

Chaurasia memberitahu polis dia membunuh anaknya kerana diarahkan berbuat demikian oleh Tuhan Kali.

“Suspek berpendapat tindakannya itu sebagai korban kepada Tuhan Kali dan dapat memberi kebahagian kepada keluarganya,” katanya.

Suspek kini ditahan untuk menjalani pemeriksaan mental.

“Dia tidak menyesali dengan perbuatannya,” katanya.

Walaupun jarang berlaku, korban manusia kononnya untuk menggembirakan mereka masih berlaku di kalangan sesetengah masyarakat di India.

Kali yang juga dinamakan Durga ialah ‘Tuhan Perempuan’ dikaitkan dengan kematian dan kemusnahan.

Ia juga dikaitkan dengan masa dan perubahan.

Senin, 23 Desember 2013

Anak ular sawa lilit pintu gril rumah kejutkan keluarga

Wartawan Sinar Harian
20 Oktober 2012
Anak ular sawa lilit pintu gril rumah kejutkan keluarga
Mohd Ridzuan menangkap anak ular sawa di pintu gril.
ALOR GAJAH - Jeritan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun menyelamatkan dia daripada menjadi mangsa seekor anak ular sawa yang masuk ke rumahnya di sebuah taman perumahan, di sini, malam kelmarin.

Kejadian kira-kira 10 malam itu disedari ibu kanak-kanak berkenaan, Foo Chee Ling, 28, selepas terdengar tangisan anaknya, Foo Hao Suan, sebelum menuju ke ruang tamu dan terlihat anak ular sawa seang melilit pintu gril rumahnya.

Menurut Chee Ling, ketika kejadian, dia bersama suami, Foo Ming Tang, 27, serta anak tunggalnya itu baru sahaja tiba di rumah selepas keluar bersiar dan makan malam di bandar Melaka.

“Sebaik kereta diletakkan di garaj, kami masuk ke dalam rumah tanpa rasa syak, malah saya sempat perhatikan keadaan sekeliling sebelum masuk,” katanya.

Menurutnya, ketika masuk ke dalam rumah, anaknya kemudian menangis seolah-olah ketakutan menyebabkan dia bergegas ke ruang tamu.

“Sampai sahaja di hadapan pintu rumah, saya tergamam melihat kepala anak ular melilit pintu besi rumah. Manakala kepala ular itu menghala ke arah anak saya menyebabkan saya terus menjerit memanggil suami.

“Saya terus mendukung anak dan membawanya masuk ke bilik belakang kerana bimbang anak ular sawa itu mula menyusur dan mendekati kami,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, kelmarin.

Chee Ling berkata, suaminya membantu mengawasi pergerakan anak ular sawa itu sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Alor Gajah, Mohd Ridzuan Rahmat berkata, anak ular sawa berkenaan ditangkap menggunakan tangan bersarung dengan mencekup kepala ular berkenaan terlebih dahulu.

“Saiz anak ular itu yang masih kecil memudahkan operasi penangkapan yang mengambil masa kurang tiga minit,” katanya yang turut dibantu dua anggota lain.

Bagaimanapun, katanya, ular yang berukuran 0.8 meter itu tetap merbahaya kepada kanak-kanak walaupun kecil.