Jumat, 31 Januari 2014

Penyanyi Ella Buang Apendiks Disangka Hamil


KUALA LUMPUR – Ratu rock Ella menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sudah hamil sebaliknya mengalami radang apendiks dan telah menjalani rawatan apendisektomi.

Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, berkata, dia telah melakukan apendisektomi iaitu pembedahan membuang apendiks kira-kira dua bulan lalu di Hospital Ampang Puteri di sini dan sedang dalam proses pemulihan.

“Saya ada dengar juga orang kata saya sedang hamil, tetapi sebenarnya tidak. Tetapi saya menjalani pembedahan membuang apendiks baru-baru ini. Mungkin orang salah faham tentang perkara itu,” katanya kepada mStar Online.

Ella ditemui pada pertandingan akhir Ratu Rania di Studio 2, Astro Bukit Jalil di sini malam Rabu.

Tambah Ella, bagaimanapun dia menyifatkan sangkaan beberapa pihak mengenai kehamilannya itu sekadar mengambil berat terhadapnya.

Dalam pada itu, Ella tidak menolak dia masih berharap agar rumah tangganya dan suami, Azhar Ghazali segera dimeriahkan dengan kehadiran cahaya mata agar kehidupan berkeluarga menjadi lebih sempurna.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ella bakal muncul dengan album terbaharunya pada tahun depan yang kini masih dalam proses pembikinan.

“Alhamdulillah, saya tidak sabar untuk menghadiahkan peminat-peminat dengan lagu terbaru.

“Malah selepas pelancaran album tersebut, saya akan mengadakan konsert jelajah pula,” ujarnya. – mStar

Kamis, 30 Januari 2014

Kes Bunuh Tetak Kelar Leher Hingga Mati Nenek Dan Dua Cucunya


DENGKIL - “Saya tidak dapat menahan sebak sebaik melihat kedua-dua matanya terbeliak selain lehernya cedera parah seperti kesan sembelihan,” kata V Gomathy, 20-an, kakak angkat kepada seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikenali Yamuni yang maut dibunuh dalam kejadian, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang di sebuah rumah teres setingkat di Taman Dengkil Jaya itu, kanak-kanak perempuan itu adalah antara tiga sekeluarga yang maut dengan kesan tikaman dan kelar membabitkan seorang wanita warga emas dikenali sebagai Muniamah, 64, dan seorang cucu lelakinya dikenali sebagai Kugan, 21.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan tikaman dan kelar senjata tajam masing-masing di leher, perut, dahi dan beberapa bahagian badan lain di ruang tamu serta bilik di rumah berkenaan.


Gomathy berkata, dia menemui mayat ketiga-tiga ahli keluarganya itu sebaik tiba di rumah jam 2 petang selepas selesai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik di Putrajaya.

Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati adik lelakinya berusia tujuh tahun yang baru pulang dari sekolah berada di luar pekarangan rumah dan mendakwa tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana pintu terkunci. - HARIAN METRO

Rabu, 01 Januari 2014

Apa Sih Arti Kamseupay Itu

Kamseupay adalah kata yang baru-baru ini menjadi trending di Twitter. Bahkan salah satu operator telekomunikasi menggunakan kata ini dalam salah satu iklannya. Tapi banyak dari kita yang tidak tau apa arti dari kata yang makin hari makin populer tersebut.
Lalu, apa sih arti Kamseupay itu?
Kamseupay termasuk salah satu kata sindiran kasar yang artinya adalah kampungan atau sangat kampungan. Yang merupakan singkatan dari “KAMpungan SEukali Udik eUUyy, PAYah”
Kata Kamseupay ini pertama kali digunakan pada tahun 1970-an. Kata ini kembali muncul menjadi trend kata-kata gaul berawal dari blog milik Marissa Haque.
Sangat disayangkan karena kata yang tergolong kata makian ini menjadi populer. Tidak sedikit para anak muda yang menggunakan istilah ini dalam percakapan sehari-hari seakan-akan kata Kamseupay ini sudah menjadi kata-kata gaul yang layak dipergunakan.
Menurut saya, kata-kata ini tidak layak untuk dipergunakan dalam percakapan. Bagaimana menurutmu?